Definisi
Koleksi program2 komputer yg menyatukan sumber2 hardware komputer tersebut (tetikus, pencetak, peranti storan dan ingatan) & membolehkan sumber2 hardware sentiasa bersedia digunakan oleh pengguna.
Membenarkan pengguna mengakses komputer secara produktif, tepat pada masa & efisyen.
Dgn kata lain, bertindak sbg org tengah di antara pengguna dgn sistem komputer.
Konsep
Berfungsi sbg pengurus sistem, mengawal setiap h/ware & software serta bertindak sbg antaramuka antara pengguna & sistem.
OS mengandungi koleksi2 program di mana ianya bekerjasama secara berkumpulan utk m’laksanakan pelbagai jenis tugas.
Fungsi OS
Menyediakan antaramuka kpd penggun utk menggunakan komputer.
Terdpt 2 jenis antaramuka : antaramuka baris-perintah dan antaramuka grafik.
a)Antaramuka baris-perintah : pengguna perlu menaip perintah. OS yg b’asaskan baris perintah ialah MS-DOS.
Cth : C:\> copy c:\myfile a:\yourfile
Baris perintah mengarahkan komputer utk menyalin satu fail dr cakera keras C ke cakera liut A.
Antaramuka baris perintah lebih sesuai utk pengguna mahir.
OS spt Unix dan Linux juga menggunakan baris perintah.
Antaramuka baris perintah semakin kurang digunakan ttp masih digunakan dlm sistem kerangka utama * sistem pelayan yg menggunakan platform Unix.
b)Antaramuka grafik : bergantung kpd perisian berasaskan grafik yg membolehkan teks disepadukan dgn imej grafik.
Antara komponen dlm antaramuka grafik ialah icon, kotak dialog & menu.
Cth perisian yg menggunakan antaramuka grafik ialah BeOS, Macintosh dan Windows.
Pengguna GUI berinteraksi dgn OS dan lain2 pakej perisian dgn menggunakan peranti penuding spt tetikus dan papan kekunci utk memasukkan arahan.
GUI byk memudahkan pengguna krn tdk perlu utk menghafal dan memasukkan semua arahan rumit spt antaramuka baris perintah.
Mengurus Perkakasan :
Perkakasan adalah seperti peranti input (tetikus, papan kekunci, pengimbas), peranti output (pencetak, skrin, audio, video), storan sekunder (cakera keras) dan ingatan utama (RAM)
OS berfungsi utk menyelaras dan menjejaki/mengikuti aturcara mana yg memerlukan perkakasan mana.
Menguruskan sistem fail cakera keras
OS menguruskan perjalanan data dari komponen input (papan kekunci) kepada output (monitor)
OS menguruskan perjalanan data dari storan sekunder kepada ingatan utama serta dari ingatan utama ke storan sekunder.
Menguruskan proses atau perjalanan perisian lain :
Andaikan perlaksanaan satu perisian sbg satu proses. Jika pengguna menggunakan 3 perisian serentak (cth menghasilkan grafik dgn Adobe Photoshop, melayari Internet dgn IE & mendengar muzik menggunakan Windows Media Player) maka terdapat 3 proses yg berbeza sedang dilaksanakan dlm komputer.
OS bertanggungjawab agar ketiga-tiga proses tersebut berjalan lancar dan tdk berlaku apa2 yg boleh menyebabkan pemprosesan komputer tergantung.
Fungsi OS yang lain :
1. Utk membantu interaksi antara komputer dan pengguna.
2. Utk membantu komunikasi antara komponen2 komputer
3. Utk mengurangkan masa bg menjalankan arahan pengguna.
4. Utk mengoptimakan penggunaan sumber sistem komputer
5. Utk menjejak semua fail dlm storan cakera
6. Utk memastikan keselamatan kpd sistem komputer
7. Utk memantau semua aktiviti sistem dan memberi amaran kpd pengguna tentang sebarang masalah pd sistem.
Ciri-ciri OS
1. Multitugasan
2. Multipengguna
3. Multipemproses
4. Kelompok/Batch
5. Ingatan Maya
Multitugasan
Keupayaan sesuatu sistem komputer utk mengendalikan lebih dr satu tugasan pd satu masa scr serentak.
Membolehkan seorg pengguna melaksanakan tugasan baru tanpa perlu keluar dr tugasan yg sedang dilaksanakan dan menggunakan hasil dari tugasan kedua dalam tugasan pertama.
Cth : pengguna boleh menghasilkan carta dlm MS Excel semasa menggunakan MS Word dan memasukkan carta tersebut dlm dokumen yg sedang ditulis iaitu dlm MS Word.
No comments:
Post a Comment